THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, May 24, 2009

ULASAN BUKU ACTION RESEACH

Tajuk : Action Research Second Edition

Penulis : Ernest T.Stringer

Tahun :1999

Penerbit: London

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Buku ini menggunakan pendekatan kolaboratif dalam kajian tindakan yang mana untuk menyelidik dan menyiasat bagi memperlengkapkan manusia yang bermaksud mengambil tindakan secara sistematik untuk menyelesaikan masalah yang khusus.

MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN
Tujuan Kajian Tindakan adalah untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya. Di antara tujuan Kajian Tindakan ialah:
i. Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.
ii. Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu. Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjahnya.


REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Reka bentuk yang digunakan di dalam buku ini ialah dengan menggunakan model Interacting Spiral

*Pemerhatian: mengumpul maklumat yang berkaitan (mengumpul data) dengan membina gambaran situasi. Pengkaji mengumpul maklumat dengan menemu bual peserta kajian dan membuat laporan.

*Berfikir: meneroka (menganalisis) apa yang berlaku

*Bertindak: merancang, melaksana dan menilai

Secara praktis nya, kajian tindakan boleh menjadi proses yang kompleks. Reka bentuk yang dipersembahkan di dalam buku ini, boleh di gambarkan sebagai petunjuk kepada mereka yang mengikuti perjalanan yang singkat .


SAMPEL/PESERTA

Istilah participent (peserta) berasal daripada istilah subjek yang biasanya digunakan dalam eksperimen dan kaji selidik dan memberi kesan kepada perubahan dalam status dan peranan orang yang terlibat.

Participent dalam kajian tindakan terlibat secara serius atau aktif dalam memantau dan menggerakkan proses penyelidikan

Jenis dan bilangan orang yang terlibat dalam penyelidikan buku ini sepatutnya dikenali secara jelas supaya pembaca akan memahami secara jelas sumber-sumber maklumat. Penyelidik khususnya perlu untuk mengenalpasti ‚ stakeholders’

*pelajar dan ibu bapa dikenal pasti sebagai p. Stakeholders. ‘Stakeholders yang lain seperti pengetua sekolah, pegawai pendidikan daerah, guru dan penguasa daerah.

SETTING KAJIAN
Setting Kajian Buku ini tidak menjelaskan setting kajian yang tepat yang digunakan dalam kajian tindakan tetapi hanya menyatakan untuk melakukan kajian tersebut perlulah di lihat kepada keadaan yang sesuai untuk melakukan kajian tindakan.

Prosedur kajian tindakan

Setiap kajian yang dilakukan mestilah ada prosedur-prosedur tertentu. Prosedur itu mengutamakan langkah-langkah yang sistematik agar penyelidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Antara prosedur-prosedurnya untuk melaksanakan kajian tindakan ialah:

1) Mengenalpasti isu dan fokus kepada isu
2) Mendefinisikan masalah
3) Kaedah yang digunakan ialah eksperimen dan kajian tinjauan
4) Membina gambaran tentang keadaan isu yang dikenalpasti
5) Mengumpul data
6) Menganalisis data

PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA

Instrumen kajian
Pengkaji mengumpul maklumat melalui:
1) Temubual
2) Pemerhatian
3) Dokumen

Teknik Pengumpulan Data
1) Temubual
Dalam proses menemubual, pengkaji, harus melakukan seperti berikut:
· mengenalpasti diri responden, peranan dan tujuan kajian
· meminta izin menemubualorang ramai dan rekod maklumat
· memastikan masa yang sesuai untuk membuat perbincangan
· berunding tentang masa dan tempat yang sesuai untuk temubual jika perlu

2) Pemerhatian terhadap responden
Pengkaji merekod nota dan mengambil kira elemen-elemen seperti tempat, orang, benda, perlakuan, aktiviti, peristiwa, masa dan perasaan.

3) Dokumen
Dalam konteks penyelidikan, pengkaji boleh mendapatkan sesuatu informasi penting melalui dokumen yang releven yng mengandungi memo, minit mesyuarat, rekod, laporan rasmi, kenyataan dasar, kenyataan prosedur, rancangan, cetakan akaun, perhubungan awam, surat berita dan sebagainya.

4) Merekod maklumat
Maklumat direkod dengan melihat kepada catatan luar, audio dan rakaman video, fotograf, fotostat dan sebagainya.

Sunday, May 17, 2009

Kajian Kepustakaan (Kuliah Minggu ke-4)

Oleh: Dr Siti Fatimah Mohd Yassin

Guru meneliti /menyelidik/mengkaji secara sistematik ke atas sesuatu amalan bagi tujuan;

-Penambahbaikan (bagaimana sesuatu kemahiran, teknik, strategi dapat dipertingkatkan dan memberi impak kepada pelajar)

-Perkembangan profesional

Kajian Kepustakaan
-Sorotan ke atas bahan2 literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan. Ia dilakukan secara kritikal atas poin-poin yang dikemukakan dan perlukan pemikiran aras tinggi.

*Membanding dan membeza
*Menganalisis
*Menilai
*Membuat keputusan
*Mensintesis

Membanding dan membezakan
#Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. kemahiran ini digunakan apabila:
1-Terdapat 2 atau lebih ciri atau kemungkinan

2-Membuat pilihan atau keputusan

Langkah Penggunaan:
1-Perhatikan dan berikan tumpuan kepada 1 atau beberapa ciri kajian tindakan sampel,setting,prosedur,pengumpulan dan penganalisian data.


Menganalisis
#Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

#Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.

#Suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

Menilai
#Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

#Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi:
a) Memilih sesuatu
b) Menerima atau menolak sesuatu idea

Membuat Kesimpulan
#Membuat penyataan tentang hasil sesuatu kajia yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara.

Mensintesis
#Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.

Sunday, May 10, 2009

Aktiviti Kumpulan (Kuliah Minggu ke-3)

Tugasan Kumpulan
(Nor Afsah binti Md. Noor P48575)
(Nurul Huda binti Mohd. Rejab P48657)
(Zaleha binti Mohd Jaafar P48661)
(Noor Iezura binti Ab. Aziz P4868

Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya

Jawapan..

8 sebab mengapa orang menentang perubahan adalah seperti berikut:

1. Tidak sesuai mengikut tahap dan prestasi seseorang
2. Perubahan yang dilakukan secara drastik
3. Perubahan yang kerap
4. Perubahan yang dilakukanberdasarkan kepentingan pihak tertentu
5. Perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit tetapi mengambil masa yang panjang
6. Perubahan yang dilakukan tanpa perancangan rapi
7. Perubahan yang dilakukan tanpa pemantauan
8. Tidak menepati kehendak individu dan organisasi

Cara penyelesaian

1. Melaksanakan perubahan mengikut tahap dan prestasi seseorang
2. Melakukan perubahan secara berperingkat-peringkat
3. Perubahan dilaksanakan berdasarkan pendapat bersama dan bermatlamat untuk kepentingan semua pihak
4. Memantau perubahan yang dilakukan dari masa ke semasa
5. Perubahan yang dihasilkan hendaklah memberi kesan yang berterusan dan proses perubahan yang berlaku mengambil masa yang pendek

Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan (Kuliah Minggu ke-3)

Oleh : Dr. Mohd Izham b. Mohd Hamzah

Konsep perubahan Dalam Pendidikan

Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan. Perubahan dalam pendidikan ini tidak dapat dielakkan.

Menurut Oliver (1996) dalam buku The Management of Educational Change: A Case Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.

Perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian. dalam pendidikan, ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

Jenis Perubahan

Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan:
1. Perubahan ke arah peningkatan
2. Perubahan strategik organisasi
3. Perubahan reaktif
4. Perubahan akibat daripada jangkaan

Model-model Perubahan

1. Model penggabungan Roger
2. Model Kanter
3. Model Rand
4. Model Acot

Ulasan Buku Action Research

Tajuk : Action Research Second Edition
Penulis : Ernest T.Stringer
Tahun :1999
Penerbit : London

Tuesday, May 5, 2009

Aktiviti 2 (Tugasan Kumpulan)

Tugasan Kumpulan
(Nor Afsah binti Md. Noor P48575)
(Nurul Huda binti Mohd. Rejab P48657)
(Zaleha binti Mohd Jaafar P48661)
(Noor Iezura binti Ab. Aziz P48689)

Masalah dan penambahbaikan
- Sukar mempraktikan atau mengaplikasikan dalam kelas.
- Contoh: Bab bersuci dalam tajuk najis.

Matlamat
Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara-cara bersuci

Objektif
Mengaplikasikan cara-cara menyucikan najis dengan betul.

Pelan Tindakan
1. Langkah-langkah
- Menjelaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas.
- Guru menunjukan cara-cara menyucikan najis melalui praktikal yang sebenar.
- Pelajar menunjukan cara-cara menyucikan najis berdasarkan pengajaran yang ditunjukkan oleh guru .

2. Pengumpulan Data
- Melihat sejauh manakah tahap kefahaman dan pengetahuan pelajar tentang cara-cara menyucikan najis.

3. Pemantauan- Memberi soalan kepada pelajar sama ada melalui lisan atau bertulis.

4. Penilaian- Menilai setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar sama ada benar ataupun tidak.

Sunday, May 3, 2009

Aktiviti 1 (Kuliah minggu ke-2)

Refleksi masalah dalam diri:
Masalah yang didapati dalam diri saya semasa mengikuti program Bina Insan Guru ialah disiplin diri yang lemah.

Antara penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri saya ialah perlu meningkatkan disiplinkan diri dengan menepati masa, menyesuaikan pakaian mengikut situasi dan sebagainya.

Matlamat: menjadi seorang guru yang berdisiplin dalam tugas yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan.

Objektif: mendisiplinkan diri setiap masa.

Pelan Tindakan:
1. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah
- Mengenalpasti masalah.
- Merancang penambaikan yang perlu dilakukan.

2. Cara mengumpul data adalah dengan mereflek masalah dalam diri dengan menulis diari atau catatan diri.

3. Cara memantau apa yang dirancang dilaksanakan adalah dengan penilaian kendiri secara mendalam dan pematauan dari rakan sebaya seperti maklumbalas dari kawan-kawan terhadap diri dari masa ke semasa.