THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, April 28, 2009

Konsep kajian Tindakan

Definisi

Suatu proses langkah-langkah yang digunakan untuk
mengumpul dan menganalisisdata untuk mendapatkan dan
menambahkan kefahaman terhadap sesuatu topik atau isu.

Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Partisipan (pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baharu. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaik amalan kerja, menambah kefahaman baharu dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan.(Hanipah Hussin : 2001)


Prinsip 1
Sebagai kegiatan kitaran / gelungan yang terdiri daripada beberapa langkah (a spiral of steps)

Kitaran 1Merancang, bertindak, memerhati, mereflek

Kitaran 2Merancang ,bertindak, memerhati,mereflek

Prinsip 2Dijalankan secara individu atau kolaboratif oleh satu kumpulan guru yang berusaha bersama-sama untuk membawa perubahan dan memperbaik amalan kerja mereka.

Kepentingan Kajian
1. Menambah pengetahuan.

2. Membina kemahiran melakukan penyelidikan.

3. Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pemelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.

4. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.

5. Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pemelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaik amalan sendiri.

6. Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif.

7. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baharu, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.

8. Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan.

9. Merapatkan perhubungan antara guru yang terlibat melalui kerjasama secara kolaboratif
.

http://www.semestian.net/ghalib/?p=16

Jenis-jenis kajian tindakan
-individu
-kolaboratif
-peringkat daerah
-peringkat sekolah

0 comments: