THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, June 19, 2009

ANALISIS DATA

sambungan....

Ringkasan analisis data

  • Panduan untuk analisis data
- Reka bentuk pendekatan sistematik, simpan semua data
- Cuba faham maklumat yang ingin disampaikan oleh data
- Cari tema dan pola
- Susun data berdasarkan apa yang kamu pelajari daripada data
- Masukkan semua data termasuk data yang tidak menyokong apa yang kita cari
- Baca dan baca lebih daripada sekali
- Bina imej visual
- Tulis nota ringkas untuk diri sendiri
- Kongsi dapatan, perbincangan akan timbulkan soalan baru
- Let data speaks to you
  • Proses analisis data
- Analisis semua data dan buat nota sepanjang masa
- Cari tema dan pola
- Ringkaskan tema kepada 3-5 idea
- Lihat kembali data dan semak tema-tema yang telah dibuat
- Bina subtema jika perlu
- Simpan nota secara berterusan, malah dapatan kadangkala boleh mengejutkan kita
- Semak maklumat untuk cari idea yang kerap atau dominan muncul
- Kenalpasti point utama
- Cari maklumat untuk menyokong dapatan kajian

ANALISIS DATA

Sambungan...
Kegunaan data dalam Plan-Do-Study-Act Cycle

Plan
- Nilai dan ringkaskan semua data yang kita ada
- Analisis dan kenalpasti tema utama
- Kenalpasti sumber data yang akan memberikan ukuran proses penambahbaikan
Do
- Kumpul data
- Buat kajian rintis untuk memastikan strategi pengukuran dipenuhi
Study
- Analisis data yang telah dikumpulkan dan buat kesimpulan
Act
- Kenalpasti soalan tambahan
- Rancang untuk penambahbaikan berterusan
*Mengumpulkan data dan analisis data merupakan proses berterusan dalam penyelidikan tindakan
*Kita mungkin tidak dapat keputusan yang kita kehendaki tetapi tidak perlu risau
*Dapatan kajian bertujuan untuk memberi panduan dan memperbaiki pengajaran kita seterusnya

Saturday, June 13, 2009

ANALISIS DATA

Kuliah Pn. Sakinah Mohamad (09 Jun 2009)

ANALISIS DATA
- Proses menggunakan data untuk memberikan maklumat berguna untuk cadangkan kesimpulan dan menyokong keputusan. pastikan ada sekurang-kurangnya tiga atau lebih jenis data yang dianalisis.
- Data kualitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis

Langkah analisis data kualitatif

Langkah pertama:
i . Tengok secara lalu maklumbalas
ii . Ambil nota atas tema yang muncul, isi atau faktor yang kamu dengar
iii. Cari item yang berulang atau penting

Langkah kedua:
i . Pilih tiga atau empat tema/kategori yang muncul dan bina matriks
ii . Cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama
iii. Tempatkan tema kategori di atas dan senaraikan pelajar di tepinya
iv. Kamu mungkin guna warna kod untuk setiap kategori yang berlainan

Langkah ketiga:
i . Jika boleh, bincang tinjaun dengan pendidik lain
ii . Baca tinjauan (soal selidik), high light kata kunci yang berkaitan dengan tema/kategori yang telah dikenalpasti
iii. Seterusnya rekodkan dapatan dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang kamu bina

Langkah empat:
i . Tanya (apa yang telah saya dapat?)
ii . Rekod pemerhatian pola yang muncul semasa kamu lihat matriks
- Pola konsep
- Pola sikap
iii. Tulis/rekod pemerhatian bawah matriks (bawah carta matriks)
iv. Cth: 2 orang pelajar (siapa yang cakap banyak)
v . Takut sentiasa disebut beberapa kali
vi. Sokongan bacaan jurnal

Langkah lima:
i . Apa kesimpulan yang boleh kita buat
ii . Rekod kesimpulan samaada bawah matriks atau atas kertas yang berlainan

Langkah enam:
i . Apa langkah seterusnya yang boleh dibuat?
- Tinjauan (soal selidik lain)/ temubual/ penilaian
- Semak semua persoalan kajian
- Bina modul/ aktiviti
ii . Jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks
iii. Apakah maklumat yang masih diperlukan
- Atas pelajar
- Atas kaedah
- Maklumat latar belakang untuk tajuk ini

Thursday, June 4, 2009

PENGUMPULAN DATA

Sambungan....

Terdapat 5 tahap Penyelidikan Tindakan
1) Tahap 1 : Mengenal pasti masalah
2) Tahap 2 : Perancangan tindakan
3) Tahap 3 : Mengumpul data
4) Tahap 4 : Analisis data
5) Tahap 5 : Perancangan untuk tindakan seterusnya

Mengumpul Data

  • Apakah jenis data kita perlu kumpul untuk menjawab persoalan kajian?
  • Bagaimana kita hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif?

Alat Pengumpulan Data

  • Pemerhatian (Video tape)
  • Nota guru dan komen
  • Kerja pelajar
  • Refleksi pelajar dan kerja pelajar
  • Jurnal pelajar
  • Ujian
  • Tinjauan soal selidik
  • Temuduga (Audio tape)

Wednesday, June 3, 2009

PEGUMPULAN DATA

Kuliah Pn. Sakinah (29 Mei 2009)

Pengenalan

Di dalam kajian tindakan, terdapat pelbagai teknik pengumpulan data. Walaupun menggunakan pelbagai teknik yang baik, namun ia tidak menjanjikan kualiti dapatan kajian. Penyelidikan tindakan tidak akan menjadi kecuali ianya dilakukan dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, usaha untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam penyelidikan perlu dipelajari dengan lebih gigih.

Terdapat 3 sebab perlu mencapai kualiti yang baik:

  • Tanggungjawab kepada pelajar
  • Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
  • Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat (menambah ilmu pengetahuan) dengan melakukan penyelidikan tindakan

Kriteria kualiti

  • Serupa dengan kriteria jenis penyelidikan lain
  • 2 rukun sains dalam senarai penyelidik dalam kriteria kualiti ialah kesahan dan kebolehpercayaan
  • Kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan

Kesahan

  • Merujuk kepada kebenaran data
  • Dengan mengetahui sama ada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji

Kebolehpercayaan

  • Berkaitan dengan ketepatan data
  • Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil

Sehubungan dengan itu, untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu tanya:

- Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?

- Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?

KULIAH MINGGU KEENAM (25 Mei 2009)

Pensyarah: Hajah Halimah
AKTIVITI 1
Jawab semua soalan di atas kertas A4:
  • Nama dan No Matrik
  • Bidang pengkhususan
  • Alamat tetap
  • Status
  • Mengapa ingin menjadi guru?
  • Guru yang paling disukai dan kenapa?
  • Guru yang paling dibenci dan kenapa?
  • Apakah tugas guru? (berkongsi pengetahuan dengan pelajar)
  • Lukis gambar pokok berserta tandatangan dan tarikh lahir
AKTIVITI 2
Bentuk kumpulan terdiri daripada 5 orang berlainan pengkhususan dan buat satu proposal kajian tindakan. Fikirkan satu tajuk yang sesuai untuk proposal tersebut dan hantar pada 28 Mei 2009.
Ahli-ahli kumpulan ialah :
Najwa Hayatee (Bio)
Norfaizah (Bio)
Halina (PI)
Norbasirah (PI)
Nor Afsah (PI)
Tajuk : Meningkatkan Penguasaan Penghafalan Dhomir Dalam Bahasa Arab Dengan Menggunakan teknik berlagu di Kalangan Pelajar Tahun 2.

Tuesday, June 2, 2009

TUGASAN JURNAL

Dapatkan 3 jurnal luar negara yang memerihalkan kajian tindakan yang telah dilakukan dalam pendidikan.Lakukan :

  • Perbandingan dari aspek persamaan dan perbezaan

  • Penilaian

  • Perumusan dan pensintesisan dari segi sampel, seting, prosedur kajian tindakan

  • Pengumpulan dan penganalisaan data

Laporkan dalam blog individu. Disokong dengan sumber bacaan lain.

Jurnal 1

Action Research In Teacher Preparation:
An Inclusive Seminar

By: Elissa Poel, (E-mail: epoel@nmsu.edu), New Mexico State University
Carolyn Dietrich, (E-mail: dietrich@nmsu.edu), New Mexico State University

Setting kajian
Kajian ini dilakukan di Institut Carnegie, salah satu daerah di Barat Daya Amerika Syarikat.

Sampel kajian
54 orang calon guru termasuk 34 orang yang mengambil bidang pelajaran rendah, 15 orang pendidikan khas dan 5 orang pendidikan dwibahasa. Mereka terdiri daripada 6 orang lelaki dan 48 perempuan.

Objektif kajian
Menentukan keberkesanan kajian tindakan yang dilakukan oleh calon-calon guru semasa kursus dalam semester. Soalan kajian yang berpandukan penyelidikan ini adalah: Bagaimana keberkesanan kajian tindakan yang dilakukan oleh penyelidik dengan calon-calon guru bagi menentukan bukti pembelajaran pelajar dalam bilik darjah

Prosedur
Pada mulanya, calon-calon guru telah diarah untuk memerhatikan pendidikan pelajar mereka dan mengenal pasti satu tingkah laku akademik untuk memudahkan mereka melakukan penambahbaikan selepas melakukan penyelidikan. Setelah mengenalpasti isu-isu atau masalah yang dihadapi dalam penyelidikan, mereka diminta meningkatkan penyelidikan mereka dengan memasukkan ulasan karya, implikasi dan kenyataan diri. Kenyataan peribadi telah dianalisis dalam menentukan isu-isu tersebut dan juga pandangan calon-calon guru itu terhadap kajian tindakan.

Pengumpulan data

Pemerhatian
Kenyataan peribadi
Temubual

Rumusan
Berdasarkan kenyataan-kenyataan perribadi dan hasil positif kajian ini, calon-calon guru ini membuktikan bahawa kajian tindakan ini adalah penting untuk dimasukkan dalam salah satu program pengajian mereka. Sebagai pengarah bagi program, seseorang itu perlu merancang dan menyelaraskan pelajar dalam seminar pendidikan terutamanya penumpuan mengenai kajian tindakan dan juga isu-isu dalam pendidikan.

Jurnal 2

An action research on the classroom teaching of English Public Speech
By: Li Lin
Northwestern Polytechnical University, lixingood2001@163.co

Jurnal 3

Self-study in action research: Two teacher educators review their project and practice
By: Julian Kitchen and Dianne Stevens Department of Curriculum, Teaching and Learning Ontario Institute for Studies in Education of the University of Toronto