THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, June 3, 2009

PEGUMPULAN DATA

Kuliah Pn. Sakinah (29 Mei 2009)

Pengenalan

Di dalam kajian tindakan, terdapat pelbagai teknik pengumpulan data. Walaupun menggunakan pelbagai teknik yang baik, namun ia tidak menjanjikan kualiti dapatan kajian. Penyelidikan tindakan tidak akan menjadi kecuali ianya dilakukan dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, usaha untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam penyelidikan perlu dipelajari dengan lebih gigih.

Terdapat 3 sebab perlu mencapai kualiti yang baik:

  • Tanggungjawab kepada pelajar
  • Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
  • Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat (menambah ilmu pengetahuan) dengan melakukan penyelidikan tindakan

Kriteria kualiti

  • Serupa dengan kriteria jenis penyelidikan lain
  • 2 rukun sains dalam senarai penyelidik dalam kriteria kualiti ialah kesahan dan kebolehpercayaan
  • Kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan

Kesahan

  • Merujuk kepada kebenaran data
  • Dengan mengetahui sama ada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji

Kebolehpercayaan

  • Berkaitan dengan ketepatan data
  • Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil

Sehubungan dengan itu, untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu tanya:

- Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?

- Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?

0 comments: