THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, June 2, 2009

TUGASAN JURNAL

Dapatkan 3 jurnal luar negara yang memerihalkan kajian tindakan yang telah dilakukan dalam pendidikan.Lakukan :

  • Perbandingan dari aspek persamaan dan perbezaan

  • Penilaian

  • Perumusan dan pensintesisan dari segi sampel, seting, prosedur kajian tindakan

  • Pengumpulan dan penganalisaan data

Laporkan dalam blog individu. Disokong dengan sumber bacaan lain.

Jurnal 1

Action Research In Teacher Preparation:
An Inclusive Seminar

By: Elissa Poel, (E-mail: epoel@nmsu.edu), New Mexico State University
Carolyn Dietrich, (E-mail: dietrich@nmsu.edu), New Mexico State University

Setting kajian
Kajian ini dilakukan di Institut Carnegie, salah satu daerah di Barat Daya Amerika Syarikat.

Sampel kajian
54 orang calon guru termasuk 34 orang yang mengambil bidang pelajaran rendah, 15 orang pendidikan khas dan 5 orang pendidikan dwibahasa. Mereka terdiri daripada 6 orang lelaki dan 48 perempuan.

Objektif kajian
Menentukan keberkesanan kajian tindakan yang dilakukan oleh calon-calon guru semasa kursus dalam semester. Soalan kajian yang berpandukan penyelidikan ini adalah: Bagaimana keberkesanan kajian tindakan yang dilakukan oleh penyelidik dengan calon-calon guru bagi menentukan bukti pembelajaran pelajar dalam bilik darjah

Prosedur
Pada mulanya, calon-calon guru telah diarah untuk memerhatikan pendidikan pelajar mereka dan mengenal pasti satu tingkah laku akademik untuk memudahkan mereka melakukan penambahbaikan selepas melakukan penyelidikan. Setelah mengenalpasti isu-isu atau masalah yang dihadapi dalam penyelidikan, mereka diminta meningkatkan penyelidikan mereka dengan memasukkan ulasan karya, implikasi dan kenyataan diri. Kenyataan peribadi telah dianalisis dalam menentukan isu-isu tersebut dan juga pandangan calon-calon guru itu terhadap kajian tindakan.

Pengumpulan data

Pemerhatian
Kenyataan peribadi
Temubual

Rumusan
Berdasarkan kenyataan-kenyataan perribadi dan hasil positif kajian ini, calon-calon guru ini membuktikan bahawa kajian tindakan ini adalah penting untuk dimasukkan dalam salah satu program pengajian mereka. Sebagai pengarah bagi program, seseorang itu perlu merancang dan menyelaraskan pelajar dalam seminar pendidikan terutamanya penumpuan mengenai kajian tindakan dan juga isu-isu dalam pendidikan.

Jurnal 2

An action research on the classroom teaching of English Public Speech
By: Li Lin
Northwestern Polytechnical University, lixingood2001@163.co

Jurnal 3

Self-study in action research: Two teacher educators review their project and practice
By: Julian Kitchen and Dianne Stevens Department of Curriculum, Teaching and Learning Ontario Institute for Studies in Education of the University of Toronto


0 comments: