THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, June 13, 2009

ANALISIS DATA

Kuliah Pn. Sakinah Mohamad (09 Jun 2009)

ANALISIS DATA
- Proses menggunakan data untuk memberikan maklumat berguna untuk cadangkan kesimpulan dan menyokong keputusan. pastikan ada sekurang-kurangnya tiga atau lebih jenis data yang dianalisis.
- Data kualitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis

Langkah analisis data kualitatif

Langkah pertama:
i . Tengok secara lalu maklumbalas
ii . Ambil nota atas tema yang muncul, isi atau faktor yang kamu dengar
iii. Cari item yang berulang atau penting

Langkah kedua:
i . Pilih tiga atau empat tema/kategori yang muncul dan bina matriks
ii . Cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama
iii. Tempatkan tema kategori di atas dan senaraikan pelajar di tepinya
iv. Kamu mungkin guna warna kod untuk setiap kategori yang berlainan

Langkah ketiga:
i . Jika boleh, bincang tinjaun dengan pendidik lain
ii . Baca tinjauan (soal selidik), high light kata kunci yang berkaitan dengan tema/kategori yang telah dikenalpasti
iii. Seterusnya rekodkan dapatan dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang kamu bina

Langkah empat:
i . Tanya (apa yang telah saya dapat?)
ii . Rekod pemerhatian pola yang muncul semasa kamu lihat matriks
- Pola konsep
- Pola sikap
iii. Tulis/rekod pemerhatian bawah matriks (bawah carta matriks)
iv. Cth: 2 orang pelajar (siapa yang cakap banyak)
v . Takut sentiasa disebut beberapa kali
vi. Sokongan bacaan jurnal

Langkah lima:
i . Apa kesimpulan yang boleh kita buat
ii . Rekod kesimpulan samaada bawah matriks atau atas kertas yang berlainan

Langkah enam:
i . Apa langkah seterusnya yang boleh dibuat?
- Tinjauan (soal selidik lain)/ temubual/ penilaian
- Semak semua persoalan kajian
- Bina modul/ aktiviti
ii . Jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks
iii. Apakah maklumat yang masih diperlukan
- Atas pelajar
- Atas kaedah
- Maklumat latar belakang untuk tajuk ini

0 comments: