Oleh: Dr Siti Fatimah Mohd Yassin
Guru meneliti /menyelidik/mengkaji secara sistematik ke atas sesuatu amalan bagi tujuan;
-Penambahbaikan (bagaimana sesuatu kemahiran, teknik, strategi dapat dipertingkatkan dan memberi impak kepada pelajar)
-Perkembangan profesional
Kajian Kepustakaan
-Sorotan ke atas bahan2 literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan. Ia dilakukan secara kritikal atas poin-poin yang dikemukakan dan perlukan pemikiran aras tinggi.
*Membanding dan membeza
*Menganalisis
*Menilai
*Membuat keputusan
*Mensintesis
Membanding dan membezakan
#Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. kemahiran ini digunakan apabila:
1-Terdapat 2 atau lebih ciri atau kemungkinan
2-Membuat pilihan atau keputusan
Langkah Penggunaan:
1-Perhatikan dan berikan tumpuan kepada 1 atau beberapa ciri kajian tindakan sampel,setting,prosedur,pengumpulan dan penganalisian data.
Menganalisis
#Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
#Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.
#Suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.
Menilai
#Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
#Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi:
a) Memilih sesuatu
b) Menerima atau menolak sesuatu idea
Membuat Kesimpulan
#Membuat penyataan tentang hasil sesuatu kajia yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara.
Mensintesis
#Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.
Sunday, May 17, 2009
Kajian Kepustakaan (Kuliah Minggu ke-4)
Posted by Nor Afsah Bt. Md. Noor (P48575) at 6:17 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment