THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, May 10, 2009

Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan (Kuliah Minggu ke-3)

Oleh : Dr. Mohd Izham b. Mohd Hamzah

Konsep perubahan Dalam Pendidikan

Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan. Perubahan dalam pendidikan ini tidak dapat dielakkan.

Menurut Oliver (1996) dalam buku The Management of Educational Change: A Case Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.

Perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian. dalam pendidikan, ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

Jenis Perubahan

Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan:
1. Perubahan ke arah peningkatan
2. Perubahan strategik organisasi
3. Perubahan reaktif
4. Perubahan akibat daripada jangkaan

Model-model Perubahan

1. Model penggabungan Roger
2. Model Kanter
3. Model Rand
4. Model Acot

0 comments: