THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, May 24, 2009

ULASAN BUKU ACTION RESEACH

Tajuk : Action Research Second Edition

Penulis : Ernest T.Stringer

Tahun :1999

Penerbit: London

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Buku ini menggunakan pendekatan kolaboratif dalam kajian tindakan yang mana untuk menyelidik dan menyiasat bagi memperlengkapkan manusia yang bermaksud mengambil tindakan secara sistematik untuk menyelesaikan masalah yang khusus.

MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN
Tujuan Kajian Tindakan adalah untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya. Di antara tujuan Kajian Tindakan ialah:
i. Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.
ii. Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu. Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjahnya.


REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Reka bentuk yang digunakan di dalam buku ini ialah dengan menggunakan model Interacting Spiral

*Pemerhatian: mengumpul maklumat yang berkaitan (mengumpul data) dengan membina gambaran situasi. Pengkaji mengumpul maklumat dengan menemu bual peserta kajian dan membuat laporan.

*Berfikir: meneroka (menganalisis) apa yang berlaku

*Bertindak: merancang, melaksana dan menilai

Secara praktis nya, kajian tindakan boleh menjadi proses yang kompleks. Reka bentuk yang dipersembahkan di dalam buku ini, boleh di gambarkan sebagai petunjuk kepada mereka yang mengikuti perjalanan yang singkat .


SAMPEL/PESERTA

Istilah participent (peserta) berasal daripada istilah subjek yang biasanya digunakan dalam eksperimen dan kaji selidik dan memberi kesan kepada perubahan dalam status dan peranan orang yang terlibat.

Participent dalam kajian tindakan terlibat secara serius atau aktif dalam memantau dan menggerakkan proses penyelidikan

Jenis dan bilangan orang yang terlibat dalam penyelidikan buku ini sepatutnya dikenali secara jelas supaya pembaca akan memahami secara jelas sumber-sumber maklumat. Penyelidik khususnya perlu untuk mengenalpasti ‚ stakeholders’

*pelajar dan ibu bapa dikenal pasti sebagai p. Stakeholders. ‘Stakeholders yang lain seperti pengetua sekolah, pegawai pendidikan daerah, guru dan penguasa daerah.

SETTING KAJIAN
Setting Kajian Buku ini tidak menjelaskan setting kajian yang tepat yang digunakan dalam kajian tindakan tetapi hanya menyatakan untuk melakukan kajian tersebut perlulah di lihat kepada keadaan yang sesuai untuk melakukan kajian tindakan.

Prosedur kajian tindakan

Setiap kajian yang dilakukan mestilah ada prosedur-prosedur tertentu. Prosedur itu mengutamakan langkah-langkah yang sistematik agar penyelidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Antara prosedur-prosedurnya untuk melaksanakan kajian tindakan ialah:

1) Mengenalpasti isu dan fokus kepada isu
2) Mendefinisikan masalah
3) Kaedah yang digunakan ialah eksperimen dan kajian tinjauan
4) Membina gambaran tentang keadaan isu yang dikenalpasti
5) Mengumpul data
6) Menganalisis data

PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA

Instrumen kajian
Pengkaji mengumpul maklumat melalui:
1) Temubual
2) Pemerhatian
3) Dokumen

Teknik Pengumpulan Data
1) Temubual
Dalam proses menemubual, pengkaji, harus melakukan seperti berikut:
· mengenalpasti diri responden, peranan dan tujuan kajian
· meminta izin menemubualorang ramai dan rekod maklumat
· memastikan masa yang sesuai untuk membuat perbincangan
· berunding tentang masa dan tempat yang sesuai untuk temubual jika perlu

2) Pemerhatian terhadap responden
Pengkaji merekod nota dan mengambil kira elemen-elemen seperti tempat, orang, benda, perlakuan, aktiviti, peristiwa, masa dan perasaan.

3) Dokumen
Dalam konteks penyelidikan, pengkaji boleh mendapatkan sesuatu informasi penting melalui dokumen yang releven yng mengandungi memo, minit mesyuarat, rekod, laporan rasmi, kenyataan dasar, kenyataan prosedur, rancangan, cetakan akaun, perhubungan awam, surat berita dan sebagainya.

4) Merekod maklumat
Maklumat direkod dengan melihat kepada catatan luar, audio dan rakaman video, fotograf, fotostat dan sebagainya.

0 comments: